Beberapa hari lepas,aku baru sahaja ambil
Kad RapidKL Pelajar yang dah siap.Jadi kenalah aku dating Pasar Seni sebelum
Subuh.Pukul 8 sebenarnya baru gerak.Biasalah,kita hanya mampu merancang,tapi
Tuhan yang menentukan.
Dipendekkan cerita,aku sampai Pasar Seni
dalam pukul 9.30 pagi.Proses ambik kad Rapid tu sekejap je,pergi dekat kaunter
pertanyaan,ambik kad,habis.Masa nak buat je lama.
Zaman Sekolah
Jadi macam mana
aku boleh sampai ke Muzium Negara?
Masa sekolah
menengah dulu aku suka baca artikel pasal konspirasi,hidden history,dan semua
yang seangkatan dengannya.Jadi adalah aku terbaca artikel pasal orang
Melayu,moyang-moyang kita dulu pernah menggunakan senjata api.
Dalam peristiwa
penentangan melawan British,Siam,bahkan sejak Melaka diserang Portugis lagi.
Info-info yang
aku baca ini kebanyakkannya aku jadikan sebagai pengetahuan am je.Additional
info.At least ada jugak modal buat sembang dengan member.
Akhirnya SPM,sekolah dah habis,dan
maklumat-maklumat yang aku baca tu terbiar dalam benak fikiran kepalaku.Kalau
boleh tengok isi kepala aku,rasanya tak ada apa-apa,melainkan habuk setebal 2
inci.
Semuanya tenang-tenang sahaja,angin bertiup
sepoi-sepoi bahasa,ombak memukul lemah pantai,sampai aku ada terbaca satu
confession dekat IIUM Confession(http://www.iiumc.com/peninggalan-arwah/).
Story itu,bagi aku,telah
trigger aku untuk cari info pasal senjata melayu
lama.Terakol,Lela,Istinggar.Ada la jugak aku tanya cikgu Sejarah aku untuk
minta pandangan pasal isu ini.
So,aku decide nak pergi ke Muzium
Negara.Pendapat aku,muzium simpan benda-benda bersejarah.Jadi,info mengenai
senjata tu,bolehlah aku jumpa dekat muzium.
Ke Muzium Negara
Nak dijadikan cerita,dari Pasar Seni ke
Muzium Negara tu aku jalan kaki.Ya,bagi aku ia agak gila.Selain daripada aku
tak tahu nak naik apa ke sana,aku memang saja nak jalan ke sana,dengan niat
nanti aku nak jadi street photographer,Nampak subjek yang menarik,ambik
gambar.Lagipun,masa aku guna Google Maps nak cari jalan,aku perasan aku lalu
banyak landmark dekat KL.Yalah,biasa pergi KL aku singgah KL
Sentral,Lowyat,Times Square.Kira sambal menyelam minum air ah ni.Hari itu pun
redup,tak panas sangat,so kira nice ah.
Nak ke Muzium Negara,aku kena lau Masjid
Negara.Aku ada jugak tersesat dekat KTMB Stesen Kuala Lumpur.Kontra betul
dengan KL Sentral,stesen ini nampak klasik.Macam ada dalam part cerita P
Ramlee.Rasa nostalgia.Kemudian,lalu Planaterium Negara,tapi tutup.Cuma nasib
baik jalan yang aku lalu tu redup tak adalah panas sangat.
Aku rasa lepas ni nak beli photography gear ah.
Planetarium Negara |
Sampai Sana
Sampai dekat Muzium Negara,aku beli
tiket.RM2 untuk dewasa,RM1 untuk kanak-kanak.Ada dua muzium,satu yang
besar,Muzium Negara yang utama.Segala info mengenai Malaysia,daripada zaman
Neolotik,Mesolotik,Gangsa,Batu,Kesultanan Melaka,Penjajahan Barat sampailah
hari ini ada dalam muzium ini.Semua info yang kau belajar dalam Sejarah
Tingkatan 1-3,kau akan jumpa dalam muzium ini.
Muzium lagi satu nama dia Muzium
Dunia Melayu,dan ada Muzium Orang Asli.Aku tak masuk muzium yang lagi dua.Pihak
muzium buat system tiket berasingan,kau bayar RM2 sama ada untuk Muzium
Negara,ataupun Muzium Dunia Melayu dan Orang Asli.
Aku ambil keputusan untuk masuk Muzium
Negara yang utama tu,sebab muzium tu lagi umum.Tempat first yang aku pergi
lepas aku masuk pintu depan muzium tu ialah kaunter pertanyaan.Bila aku tanya
acik dekat kaunter itu,aku hampa betul sebab acik tu cakap maklumat yang aku
cari taka da dalam muzium itu.Dia cakap pameran senjata zaman dahulu baru
sahaja tamat minggu lepas.Dia cakap,kalau nak tahu pasal senjata,boleh dating
dekat perpustakaan muzium.Masalahnya perpustakaan muzium buka hari bekerja
sahaja.MEMANG TAK AH NAK DATANG LAGI.
Di Dalam Muzium
Sebab duit dah bayar kan,jadi kenalah
utilise RM2 tu sebaik mungkin.Walaupun hati agak hampa,aku gagahkan diri masuk
bilik pameran dalam muzium tu.Ada 4 dewan pameran utama,iaitu zaman
Pra-Sejarah,Zaman Kesultanan Melayu Melaka,Zaman Penjajahan dan Zaman Hari
Ini.Macam aku cakap tadi,semua benda ni ada dalam buku Sejarah Tingkatan 1-3.
Aku sebenarnya cuak nak ambik gambar,sebab
aku teringat yang kalau ambik gambar benda antik,roh mereka akan terperangkap
dalam gambar.Kalau kau tengok cerita Interchange kau tahu lah.
Apa yang bagusnya pergi muzium
ni,selain belajar sejarah,aku belajar rempah ratus juga.Budak-budak zaman
sekarang bukannya tahu pun beza jintan,bunga lawang dengan pegaga.
MMM Banyaklah aku belajar daripada pergi muzium ni,atau dalam
bahasa lain aku cuma revised balik sahaja sejarah yang aku belajar masa dekat
sekolah.
Rempah ratus |
Senapang Matchlock |
Tak ingat ni mural apa. |
Persoalan
Sepanjang perjalanan balik tu,ada beberapa benda yang aku
terdetik dalam minda.
1.Apa akan jadi kalau Malaysia ini tidak pernah
dijajah?
Jawapan aku yang pertama,Kesultanan Melayu Melaka akan
bertahan lama.Mungkin kita tidak akan belajar Sejarah Kegemilangan Johor,sebab
Sejarah Johor adalah kesinambungan peristiwa runtuhnya Kesultanan Melayu
Melaka.Mungkin tidak wujud negeri-negeri di Malaysia?
Mungkin nama negara kita pada hari ini bukan Malaysia.Tapi
bagi aku,yang paling penting,mungkin tidak wujud negara Malaysia pada hari
ini,yang walaupun ada rakyat pelbagai kaum,agama,warisan,tetapi masih boleh
hidup dengan aman dan sentosa.Mungkin negara kita akan menjadi sebuah negara
yang berasaskan kaum,seperti China dan India,tapi versi Melayu.Maksud
aku,negara kita ini didiami lebih 2/3 Melayu.
Mungkin rakyat Malysia tidak hidup harmoni seperti hari
ini.
2.Kalau tiadanya pengkhianatan pada zaman dulu,apa akan jadi
sekarang?
Apa yang kita belajar dahulu,Melaka jatuh sebab pengkhianatan
Si Kitol.Aku ada baca juga,golongan pedagang yang telah menjadi pembelot kepada
Portugis dengan membuka rahsia pertahanan Melaka.
Jawapan dia akan lebih kurang sama macam jawapan di atas,tapi
bagi aku,kalau tiadanya pengkhianatan,kita tidak akan pernah tahu.Kita tidak
akan pernah belajar daripada kesilapan.
Sebenarnya bukan Tamadun Melaka sahaja yang jatuh disebabkan
oleh pengkhianatn,banyak je tamadun lain yang jatuh sebab pengkhianatan.Kalau
kita baca sejarah balik,kebanyakkan tamadun jatuh sebab faktor dalaman.Faktor
luaran seperti serangan musuh cuma asbab kerajaan itu jatuh,dan memainkan
peranan yang minor/kecil.
Sejarah,pasti akan berulang untuk orang yang tidak
pernah belajar daripadanya.
3.Hebatnya orang zaman dahulu
Aku ada baca,ketika Portugis memasuki Istana 7 Petala
Langit Sultan Melaka,mereka jumpa 8000 laras senapang matchlock,pelbagai saiz.
Daripada Confession IIUM tu,kita tahu yang moyang Mus(writer
confession tu)ada membekalkan senjata untuk orang Melayu menentang British.
Sama ada benda AKU BACA tu betul ke tak,at least kita dah ada bukti
bahawa nenek moyang kita dulu bukannya calang-calang orang.Mereka pernah
memerintah sebuah tamadun yang agung.Pelabuhan Melaka menjadi tumpuan pedagang
Timur dan Barat.Bahasa Melayu diangkat sebagai lingua franca,atau bahasa
pertuturan utama dunia ketika itu.
Just imagine hari ini orang Amerika guna bahasa
Melayu.Transaksi perdagangan dalam bahasa Melayu.Berita,hiburan,orang-orang
berkulit hitam bertutur dalam bahasa Melayu.Tidakkah kita berasa bangga?
Jangan salah paham.Aku bukannya poyo sangat nak mendabik dada
pasal sejarah ni.Im just a normal boy who plays PES in free time,and eat a lot
of junk foods.Aku cuma ada keobsesan dalam mencari benda yang aku tak tahu.
Aku rasa jawapan yang aku bagi tadi tak lengkap.Mungkin aku
belum mengkaji lagi.Tapi yang aku pasti,aku akan temui cebisa-cebisan jawapan
sepanjang aku melalui kehidupan ini.Sebab kadang-kadang bila kau ajukan
soalan,kau takkan dapat jawapan yang segera.Mungkin bukan esok,lusa.Tapi kau
akan temui jawapannya.
Setiap detik,setiap saat,kau dan aku,kita adalah sama.Kita adalah sejarah.
Kalau ada artikel/rujukan yang kau rasa aku boleh refer,boleh tulis di bawah.
Worth read
ReplyDelete