Kebiasaannya, booth akan digunakan dalam sesuatu majlis
promosi. Anda akan selalu perasan booth ketika anda bersiar-siar di pasar raya,
ekspo-ekspo dan sebagainya.
Pada post kali ini, saya akan berkongsi cara-cara
memasang booth.
Dulang itu ada 2 yang ada lubang di bawah, dan satu tiada.
Akan ada klip dekat tengah-tengah baju booth itu. Pasang dulang yang tiada lubang di bawah, dan pasang dekat klip itu.
Ambil satu dulang, terbalikkan dia, dan pasang pada bahagian bawah booth itu. Pastikan baju booth yang bahagian bawah itu masuk dekat bahagian dulang itu.
Pasang dulang yang terakhir pada bahagian atas.
Pasang batang penyambung dari atas melalui dulang atas.
Penyambung itu akan berhenti dekat dulang tengah, kerana dulang tengah tiada
lubang d bahagian bawah. Ketatkan penyambung. Ambil kain dan lap dulang atas,
batang penyambung dan booth secara keseluruhan.
Akhir sekali, pasang kepala booth di bahagian atas penyambung.
No comments:
Post a Comment